Panduan Pencalonan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang

- Jabatan/ Persatuan/ Syarikat swasta perlu memohon akaun pengguna (ID) sebelum membuat pencalonan.

- Orang Awam atau Orang Perseorangan tidak boleh membuat pencalonan.

- Seseorang yang telah menerima sesuatu kurniaan Negeri hanya boleh dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun dari tarikh kurniaan terdahulu.

- Calon hendaklah memuatnaik gambar berukuran passport ke dalam Borang Pencalonan.

Bagi Pencalonan Darjah Kebesaran (DSPN, DMPN, DGPN, DPPN dan DUPN), biodata / asas pencalonan calon hendaklah dibuat dalam bentuk karangan seperti arahan dalam Borang Pencalonan. Biodata / asas pencalonan ini akan digunakan dalam Buku Cenderamata Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun Semasa. Biodata / asas pencalonan ini hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia. Contoh Biodata / Asas Pencalonan adalah seperti di Lampiran.

- Kelayakan Pencalon bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

- * Borang yang tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.

 

Perkhidmatan Awam

 

Ruangan A
Borang Diisi Secara Online oleh Jabatan

Ruangan B
Nama Pencalon Yang Diisi Dalam Borang dan Akan Menandatangani Slip Pencalonan

Jabatan Negeri

Contoh :
(a) Jabatan Kerja Raya
(b) Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya
(c) Jabatan Pertanian
(d) Pegawai Pertanian Daerah

Ketua Jabatan Negeri

Contoh :
(a) Pengarah Jabatan Kerja Raya
(b) Pengarah Jabatan Kerja Raya
(c) Pengarah Pertanian
(d) Pengarah Pertanian

Mahkamah (Pencalonan Darjah Kebesaran – DJN, DSPN, DMPN, DGPN, DPPN dan DUPN untuk YA. Hakim)

YAA. Ketua Hakim Negara

Mahkamah (Pencalonan Bintang dan Pingat – BCN, PKT, PJK, PJM dan PBS sahaja untuk Lain-lain Anggota)

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

Pejabat Daerah

Pegawai Daerah

Bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) / Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)

Jabatan Persekutuan Negeri / Badan Berkanun Persekutuan

Contoh :
(a) PDRM Negeri Pulau Pinang
(Bagi Bintang dan Pingat – BCN, PKT, PJK, PJM dan PBS sahaja)
(b) Jabatan Pengangkutan Jalan

Pengarah Negeri

Contoh :
(a) Ketua Polis Negeri
(b) Pengarah Negeri

Kementerian

Ketua Setiausaha / Timbalan Ketua Setiausaha

Jabatan Persekutuan

Ketua Pengarah / Timbalan Ketua Pengarah

Polis Diraja Malaysia Bagi Peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Setiausaha Polis Malaysia
(Bagi Bintang dan Pingat – BCN, PKT, PJK, PJM dan PBS sahaja)

Ketua Polis Negara / Timbalan Ketua Polis Negara
(Bagi DJN, DSPN, DMPN, DGPN, DPPN dan DUPN)

Tentera Darat

Panglima Tentera Darat
(Bagi Bintang dan Pingat – BCN, PKT, PJK, PJM dan PBS sahaja)

Panglima Angkatan Tentera
(Bagi DJN, DSPN, DMPN, DGPN, DPPN dan DUPN)

Tentera Laut

Panglima Tentera Laut
(Bagi Bintang dan Pingat – BCN, PKT, PJK, PJM dan PBS sahaja)

Panglima Angkatan Tentera
(Bagi DJN, DSPN, DMPN, DGPN, DPPN dan DUPN)

Tentera Udara

Panglima Tentera Udara
(Bagi Bintang dan Pingat – BCN, PKT, PJK, PJM dan PBS sahaja)

Panglima Angkatan Tentera
(Bagi DJN, DSPN, DMPN, DGPN, DPPN dan DUPN)

Pihak Berkuasa Tempatan

Yang Dipertua / Setiausaha

Badan Berkanun Negeri

Pengurus Besar


Catatan :

Jabatan seperti dalam ruangan A boleh membuat pencalonan dan mengisi borang secara online tetapi nama pencalon dan alamat pencalon hendaklah seperti dalam ruangan B. Selepas borang dihantar secara online, slip pencalonan hendaklah dicetak dan ditandatangani oleh pencalon di ruangan B serta diturunkan “cap” rasmi jawatan sebelum dihantar secara pos atau serahan tangan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

Pertubuhan / NGO / Parti Politik / Syarikat Swasta

- Calon-calon bagi Pertubuhan / NGO / Parti Politik / Syarikat Swasta hendaklah terdiri daripada ahli-ahli Pertubuhan / NGO / Parti Politik tersebut sahaja.

- Pencalon yang menandatangani Slip Pencalonan hendaklah menurunkan “Cap” jawatan dalam Pertubuhan / NGO / Parti Politik yang diwakili.

- Hendaklah berdaftar dan masih aktif dengan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).

- Pencalon untuk Pertubuhan / NGO tidak lebih 5 pencalonan sahaja.

Borang Diisi Secara Online

Nama Pencalon Yang Diisi Dalam Borang dan Akan Menandatangani Slip Pencalonan

Pertubuhan / Persatuan / NGO

Presiden / Pengerusi / Yang Dipertua / Setiausaha di Peringkat Negeri atau Persekutuan

Korporat / Syarikat Swasta

Pengerusi / Pengerusi Eksekutif / Presiden / Pengurus Besar atau Setiausaha Syarikat

Parti Politik

Pengerusi / Setiausaha Perhubungan Negeri / Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Ahli Dewan Rakyat (ADR) / Ahli Dewan Negara (ADN) / Ketua Bahagian

 

 

- Seseorang yang dicalonkan hendaklah dipastikan mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dan bebas daripada sebarang tindakan tatatertib. Calon juga tidak terlibat dengan apa-apa tuduhan di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Jenayah lain, tidak terlibat dalam apa-apa tuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak terlibat di bawah Akta Kebankrapan. (Urusan tapisan keutuhan di bawah tanggungjawab urusetia)

- *Syarat kelayakan ini adalah sebagai panduan asas dan sebarang perakuan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pemilihan DKBP Negeri Pulau Pinang.

- Pengguna boleh mencetak borang pencalonan untuk simpanan dan rujukan. Hanya slip asal pencalonan yang ditandatangani oleh Pencalon perlu dihantar sebelum atau pada 16 Februari pada tahun semasa melalui pos atau serahan tangan kepada :

 

Setiausaha Bahagian
Bahagian Dewan Undangan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Aras 49, KOMTAR
10503 Pulau Pinang

 

- Salinan fotostat slip pencalonan dan slip yang difaks atau discan melalui emel tidak diterima.

- Jika slip pencalonan yang tidak ditandatangani dan tidak diterima oleh Urus Setia, maka pencalonan ini dianggap tidak sah dan terbatal walaupun borang dihantar secara online sebelum atau pada 16 Februari pada tahun semasa.

- Pencalon boleh menyemak status pencalonan melalui menu Carian Pencalonan setelah log masuk ke dalam Sistem ePingat.

BIL.

DARJAH / BINTANG / PINGAT

RINGKAS

PANDUAN PENCALONAN

1.

DARJAH UTAMA PANGKUAN NEGERI

D.U.P.N.

Darjah ini adalah darjah yang tertinggi di Pulau Pinang yang dikurniakan kepada individu-individu yang telah berbuat jasa yang amat cemerlang kepada Negeri Pulau Pinang. Mereka yang dikurniakan darjah ini mempunyai kedudukan yang terulung serta berpengaruh. Darjah ini membawa gelaran Dato' Seri Utama dan isteri penerima digelar Datin Seri. Kurniaan ini dihadkan kepada dua puluh (20) orang yang masih hidup.

2.

DARJAH PANGLIMA PANGKUAN NEGERI

D.P.P.N.

Darjah Kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2003 dan dikurniakan kepada orang-orang perseorangan yang berjasa kepada Negeri ini khasnya dan Negara amnya dan mempunyai kedudukan tinggi dan dihormati. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato' Seri dan isteri penerima digelar Datin Seri. Kurniaan ini dihadkan kepada empat puluh (40) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah Kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah.

3.

DARJAH GEMILANG PANGKUAN NEGERI

D.G.P.N.

Darjah ini dizahirkan pada tahun 1996 dan dikurniakan kepada individu-individu yang menyumbang perkhidmatan yang cemerlang serta mempunyai taraf kedudukan yang tertinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ Seri” dan isteri penerima digelarDatin Seri”. Kurniaan ini dihadkan kepada dua ratus (200) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah.

4.

DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGERI

D.M.P.N.

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 1967 dan dikurniakan kepada individu-individu yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa serta mempunyai taraf kedudukan yang tertinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ dan isterinya Datin. Kurniaan ini dihadkan kepada dua ratus lima puluh (250) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dianugerahkan darjah ini secara Kehormat. Darjah kebesaran ini mengandungi bintang, selepang dan lencana darjah. 

Bagi penjawat awam, darjah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:-

1.       Hakim Mahkamah Persekutuan

2.       Hakim Mahkamah Tinggi

3.       Gred Utama B atau setaraf dengannya

4.       Lt. Jeneral

5.       Komisioner Polis (CP)

5.

DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI

D.S.P.N.

Darjah ini dikurniakan kepada individu-individu yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa serta mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ dan isterinya DatinKurniaan ini dihadkan kepada seribu enam ratus (1,600) orang yang masih hidup.

Bagi penjawat awam, darjah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:-

1.       Gred Utama C.

2.       Mej. Jeneral atau Brig. Jeneral

3.       Deputi Komisioner Polis (DCP) atau Senior Assistan Komisioner Polis (SAC ).

6.

DARJAH JOHAN NEGERI

D.J.N.

Darjah ini dikurniakan kepada individu-individu yang memberi perkhidmatan yang gemilang dalam apa jua lapangan. Darjah ini dihadkan kepada seribu tujuh ratus (1,700) orang yang masih hidup.

Bagi penjawat awam, darjah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:-

1.       Gred 54 atau setaraf dengannya.

2.       Brig. Jeneral

3.       Senior Assistan Komisioner Polis

7.

BINTANG CEMERLANG NEGERI

B.C.N.

Bintang ini dizahirkan pada tahun 1996 dan bintang ini dikurniakan kepada penjawat dalam Perkhidmatan Awam yang telah melaksanakan perkhidmatan dengan cemerlang dan perkhidmatan tersebut telah memberi sumbangan terhadap kemajuan, perkembangan dan keselamatan Negeri. Bintang ini dihadkan kepada lima ratus lapan puluh (580) orang yang masih hidup.

Bintang ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:-

1.       Gred 52 atau setaraf dengannya

2.       Kolonel

3.       Assistan Komisioner Polis (ACP)

8.

PINGAT GAGAH PERWIRA

P.G.P.

Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang telah menunjukkan keberanian atau kegagahan yang luar biasa tatkala menempuh keadaan yang sangat berbahaya kepada dirinya sendiri. Anugerah boleh juga dikurniakan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

9.

PINGAT KELAKUAN TERPUJI

P.K.T.

Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang menunjukkan jasa-jasa yang terpuji ataupun menunjukkan kecekapan di dalam sesuatu lapangan. Orang itu memiliki budi pekerti dan adat resam yang baik dan terpuji.

Bagi penjawat awam, pingat ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:-

1.       Gred 48 atau Gred 44 atau Gred 41 dan setaraf dengannya.

2.       Lt. Kolonel atau Mejar

3.       Superintendan Polis (Supt.) atau Deputi Superintendan Polis (DSP).

10.

PINGAT JASA KEBAKTIAN

P.J.K.

Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang telah memberi khidmat bakti yang bernilai atau berjasa atau telah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab.

11.

PINGAT JASA MASYARAKAT

P.J.M.

Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang telah memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat amnya.

12.

PINGAT BAKTI SETIA

P.B.S.

Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu di dalam perkhidmatan awam yang telah berkhidmat kepada Kerajaan Negeri selama tidak kurang daripada 25 tahun dan mempunyai budi pekerti yang baik.