Bersempena Harijadi Tuan Yang Terutama Yang
di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-75 pada
13 Julai 2013, Tuan Yang Terutama Tun berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri kepada mereka yang telah berjasa kepada negara/negeri dalam apa jua lapangan. Maka dengan ini, pencalonan calon-calon yang sesuai untuk pertimbangan menerima Kurniaan Negeri Pulau Pinang adalah dipelawa.
Jenis-jenis Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri dan kelayakan untuk penerima adalah seperti di Panduan Pencalonan.
Pihak yang membuat pencalonan hendaklah memastikan ketepatan maklumat peribadi individu yang dicalonkan khususnya ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan Darjah Kebesaran/Bintang/Pingat yang telah diterima pada masa yang lepas.
Seseorang yang telah menerima sesuatu Kurniaan Negeri hanya boleh dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun dari kurniaan terdahulu dan calon yang pernah menerima kurniaan selepas tahun 2009 tidak layak dicalonkan.
Seseorang yang pernah menolak tawaran pengurniaan tidak layak dicalonkan semula.
Setiap pencalonan hendaklah dirahsiakan.
Pencalonan yang tidak mematuhi panduan bagi pencalonan yang ditetapkan dan dikemukakan selepas tarikh tutup, tidak akan dipertimbangkan.