Syarat Kelayakan Pencalonan DKBP Kategori Perkhidmatan Awam
1. | Orang awam atau Orang Perseorangan tidak boleh membuat pencalonan dan tidak boleh membuat pencalonan untuk diri sendiri. |
2. | Pencalonan hendaklah dibuat sepenuhnya melalui Sistem ePingat Negeri Pulau Pinang dipautan https://epingat.penang.gov.my. Seseorang calon yang telah menerima DKBP hanya boleh dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun kurniaan terdahulu. |
3. | Sistem ePingat Pulau Pinang dibuka selama dua (2) bulan bermula pada 1 Disember 2024 sehingga 31 Januari 2025 dan pencalonan hendaklah dibuat dalam tempoh dinyatakan. Permohonan pencalonan secara atas talian hendaklah diselesaikan sebelum jam 5.00 petang pada atau sebelum tarikh akhir 31 Januari 2025. |
4. | Setiap Kementerian, Jabatan-jabatan Negeri dan Bahagian / Seksyen dalam sesebuah organisasi Perkhidmatan Awam hendaklah memohon Akaun Pengguna (ID) terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pencalonan. |
5. | Permohonan Akaun Pengguna (ID) hendaklah diurus oleh Bahagian Sumber Manusia / Pentadbiran / Pengurusan dengan melantik seorang PENTADBIR untuk mengurus pencalonan bagi sebuah Kementerian / Jabatan. Sebagai contoh pentadbir yang boleh dilantik / dipertanggungjawabkan oleh bahagian yang mengurus adalah seperti Ketua Pembantu Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir atau sesiapa sahaja yang diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan / Ketua Jabatan. |
6. | Permohonan (ID) adalah terhad kepada SATU (1) akaun sahaja kepada seorang pentadbir yang akan menguruskan pencalonan. Permohonan (ID) hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan ID dan disertakan bersama Surat Iringan Jabatan yang mengurus pencalonan. (Contoh Surat Iringan Jabatan boleh dimuat turun melalui pautan Borang Permohonan ID) |
7. | Borang Permohonan ID boleh didapati di Portal Sistem ePingat Pulau Pinang. Borang Permohonan ID yang lengkap diisi dan ditandatangan serta di cop rasmi hendaklah dikemukakan terus ke pentadbiran ini melalui emel rasmi epingat@penang.gov.my bersama dengan dokumen lain yang berkaitan. |
8. | Setiap pencalonan yang dicalonkan hendaklah dimuat naik sekeping gambar berukuran passport / berlatar belakang warna putih ke dalam Borang Pencalonan melalui Sistem ePingat. Gambar yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan TIDAK AKAN DIPROSES. Sila lihat Contoh Gambar mengikut spesifikasi ditetapkan. |
9. | Bagi pencalonan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran (DUPN, DPPN, DGPN, DMPN dan DSPN), biodata / asas pencalonan calon hendaklah dibuat dalam bentuk karangan seperti arahan dalam borang pencalonan. Biodata / Asas Pencalonan ini akan digunakan dalam Buku Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang pada tahun semasa penganugerahan. Biodata / asas pencalonan ini hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia. Format biodata / asas pencalonan adalah seperti di Lampiran (Muka Surat 11 dalam Panduan Pencalonan.) |
10. | Kementerian, Jabatan, Bahagian / Seksyen hendaklah memastikan calon-calon yang dicalonkan adalah bersih serta bebas daripada sebarang rekod tindakan disiplin / tatatertib. Calon juga tidak terlibat dengan apa-apa tuduhan di bawah Akta Jenayah, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Kebankrapan serta benar-benar layak untuk dipertimbangkan. Hanya calon yang mendapat sokongan Ketua Perkhidmatan / Ketua Jabatan akan diproses permohonan. (Urusan tapisan keutuhan SPRM & PDRM dibawah tanggungjawab urusetia DKBP) |
11. | Pencalonan dari Jabatan / Badan Berkanun Persekutuan dari luar Negeri Pulau Pinang hendaklah diuruskan sepenuhnya melalui Kementerian seliaannya. |
12. | Kuota pencalonan bagi Kementerian / Jabatan-jabatan Negeri ditetapkan tidak lebih daripada 10 permohonan pencalonan sahaja. |
13. | Syarat kelayakan ini adalah sebagai panduan asas dan sebarang perakuan / perubahan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Penelitian dan Pemilihan DKBP Negeri Pulau Pinang. Pencalonan dikemukakan yang tidak mengikut kriteria ditetapkan TIDAK AKAN DIPROSES. |
KRITERIA PENCALON / PENCADANG |
|
Ruangan A |
Ruangan B |
Jabatan-Jabatan Negeri Pulau Pinang Contoh : |
Ketua Jabatan Negeri Contoh : |
Bahagian / Seksyen / Unit di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang |
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) / Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) |
Pejabat Daerah dan Tanah Pulau Pinang |
Pegawai Daerah |
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pulau Pinang |
Datuk Bandar / Setiausaha Bandaraya |
Badan Berkanun di Pulau Pinang |
Pengurus Besar |
Jabatan Persekutuan dalam Negeri Pulau Pinang Contoh : |
Pengarah / Timbalan Pengarah Contoh : |
Semua Kementerian |
Ketua Setiausaha / Timbalan Ketua Setiausaha |
Jabatan Persekutuan Dari Luar Negeri Pulau Pinang |
Pencalonan hendaklah melalui Kementerian di bawah seliaan Contoh : |
Polis Diraja Malaysia Bagi Peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman |
Ketua Polis Negara / Timbalan Ketua Polis Negara Setiausaha Polis Malaysia |
Tentera Darat |
Panglima Angkatan Tentera Panglima Tentera Darat |
Tentera Laut |
Panglima Angkatan Tentera Panglima Tentera Laut |
Tentera Udara |
Panglima Angkatan Tentera Panglima Tentera Udara |
Mahkamah (Pencalonan Darjah Kebesaran – DUPN, DPPN, DGPN, DMPN, DSPN dan DJN untuk YA. Hakim) |
YAA Ketua Hakim Negara |
Mahkamah (Pencalonan Bintang dan Pingat – BCN, PKT, PJK, PJM dan PBS sahaja untuk lain-lain anggota) |
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Lain-lain Negeri) Contoh : |
YB Setiausaha Kerajaan Negeri |
Catatan: |
|
i. | Kementerian / Jabatan-jabatan seperti dalam Ruangan A boleh membuat pencalonan dan mengisi borang secara dalam talian (online) tetapi nama pencalon / pencadang dan alamat pencalon / pencadang hendaklah seperti dalam Ruangan B. Selepas pencalonan lengkap diisi dan dihantar secara dalam talian (online), slip pencalonan hendaklah dicetak dan ditandatangan oleh pencalon / pencadang di ruangan B serta diturunkan COP RASMI asal (original) jawatan / jabatan sebelum dihantar secara pos atau serahan tangan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. |
ii. | Slip pencalonan asal yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan ditandatangan oleh Ketua Perkhidmatan / Ketua Jabatan seterusnya dihantar ke pentadbiran ini pada atau sebelum tarikh akhir serahan 14 Februari 2025 (Jumaat) melalui pos atau serahan tangan ke alamat berikut: |
Setiausaha Bahagian |
|
iii. | Salinan fotostat slip pencalonan dan slip yang difaks atau di imbas dan dihantar melalui emel tidak akan diterima untuk diproses. |
iv. | Slip pencalonan asal (hardcopy) yang lewat diterima selepas tarikh akhir penghantaran 14 Februari 2025 tidak akan diproses. |
v. | Jika slip pencalonan tidak ditandatangan dan tidak diterima oleh Urus Setia DKBP, maka pencalonan ini dianggap tidak sah dan terbatal walaupun borang pencalonan telah dihantar secara dalam talian (online) pada atau sebelum 31 Januari pada tahun semasa. |
Syarat Kelayakan Pencalonan DKBP Kategori Pertubuhan / Persatuan / NGO / Parti Politik / Syarikat Korporat dan Swasta
1. | Orang awam atau Orang Perseorangan tidak boleh membuat pencalonan dan tidak boleh membuat pencalonan untuk diri sendiri. |
2. | Pencalonan hendaklah dibuat sepenuhnya melalui Sistem ePingat Negeri Pulau Pinang dipautan https://epingat.penang.gov.my. Seseorang calon yang telah menerima DKBP hanya boleh dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun kurniaan terdahulu. |
3. | Sistem ePingat Pulau Pinang dibuka selama dua (2) bulan bermula pada 1 Disember 2024 sehingga 31 Januari 2025 dan pencalonan hendaklah dibuat dalam tempoh dinyatakan. Permohonan pencalonan secara atas talian hendaklah diselesaikan sebelum jam 5.00 petang pada atau sebelum tarikh akhir 31 Januari 2025. |
4. | Setiap pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat korporat & swasta dalam sesebuah organisasi hendaklah memohon Akaun Pengguna (ID) terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pencalonan. |
5. | Permohonan Akaun Pengguna (ID) hendaklah diurus oleh seorang PENTADBIR yang dilantik / dipertanggungjawabkan oleh sesebuah pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat. Sebagai contoh pentadbir yang boleh dilantik untuk mengurus pencalonan adalah setiausaha persatuan atau sesiapa sahaja yang diberi tanggungjawab / kepercayaan oleh Pengerusi / Presiden / Pengurusan Tertinggi dalam sesebuah pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat. |
6. | Permohonan (ID) adalah terhad kepada SATU (1) akaun sahaja kepada seorang pentadbir yang akan menguruskan pencalonan dalam pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat. Permohonan (ID) hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan ID dan disertakan bersama Sijil Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik dan Akuan Pendaftaran Syarikat (SSM) bagi sebuah syarikat yang mengurus pencalonan. (Contoh Surat Iringan pertubuhan / persatuan / NGO / Parti Politik / Syarikat boleh dimuat turun melalui pautan Borang Permohonan ID) |
7. | Borang Permohonan ID boleh didapati di Portal Sistem ePingat Pulau Pinang. Borang Permohonan ID yang lengkap diisi dan ditandatangan serta di cop rasmi hendaklah dikemukakan terus ke pentadbiran ini melalui emel rasmi epingat@penang.gov.my bersama dengan dokumen lain yang berkaitan. |
8. | Setiap pencalonan yang dicalonkan hendaklah dimuat naik gambar berukuran passport / berlatar belakang warna putih ke dalam Borang Pencalonan melalui Sistem ePingat. Gambar yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan TIDAK AKAN DIPROSES. Sila lihat Contoh Gambar mengikut spesifikasi ditetapkan. |
9. | Calon-calon yang dikemukakan dari pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat hendaklah terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat yang tersebut sahaja. |
10. | Setiap pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat hendaklah aktif dan sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mana berkaitan. |
11. | Kuota pencalonan bagi pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat tidak lebih 5 permohonan pencalonan sahaja. |
12. | Pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat hendaklah memastikan calon-calon yang dikemukakan bersih serta bebas daripada sebarang rekod tindakan disiplin. Calon juga tidak terlibat dengan apa-apa tuduhan di bawah Akta Jenayah, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Kebankrapan serta benar-benar layak untuk dipertimbangkan seterusnya mendapat sokongan Pengurusan Tertinggi pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat. (Urusan tapisan keutuhan SPRM & PDRM dibawah tanggungjawab urusetia DKBP). |
13. | Syarat kelayakan ini adalah sebagai panduan asas dan sebarang perakuan / perubahan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Penelitian dan Pemilihan DKBP Negeri Pulau Pinang. Pencalonan dikemukakan yang tidak mengikut kriteria ditetapkan TIDAK AKAN DIPROSES. |
KRITERIA PENCALON / PENCADANG |
|
Ruangan A |
Ruangan B |
Pertubuhan / Persatuan / NGO |
Presiden / Pengerusi / Yang DiPertua / Setiausaha di Peringkat Negeri atau Persekutuan. |
Syarikat Korporat dan Swasta |
Pengerusi / Pengerusi Eksekutif / Presiden / Pengurus Besar / Ketua Pegawai Eksekutif atau Setiausaha Syarikat |
Parti Politik |
Pengerusi Parti / Ahli Majlis Mesyuarat (AMMK) / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Ahli Dewan Rakyat (ADR) / Ahli Dewan Negara (ADN) / Ketua Bahagian / Setiausaha Agung / Setiausaha Perhubungan Negeri |
Catatan: |
|
i. | Pertubuhan / persatuan / NGO / parti politik / syarikat seperti dalam Ruangan A boleh membuat pencalonan dan mengisi borang secara dalam talian (online) tetapi nama pencalon / pencadang dan alamat pencalon / pencadang hendaklah seperti dalam Ruangan B. Selepas pencalonan lengkap diisi dan dihantar secara dalam talian (online), slip pencalonan hendaklah dicetak dan ditandatangan oleh pencalon / pencadang di ruangan B serta diturunkan COP RASMI asal (original) jawatan / pertubuhan / persatuan sebelum dihantar secara pos atau serahan tangan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. |
ii. | Slip pencalonan asal yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan ditandatangan oleh Pencalon / Pencadang seterusnya dihantar ke pentadbiran ini pada atau sebelum tarikh akhir serahan 14 Februari 2025 (Jumaat) melalui pos atau serahan tangan kepada: |
|
Setiausaha Bahagian |
iii. | Salinan fotostat slip pencalonan dan slip yang difaks atau di imbas dan dihantar melalui emel tidak akan diterima untuk diproses.. |
iv. | Slip pencalonan asal (hardcopy) yang lewat diterima selepas tarikh akhir penghantaran 14 Februari 2025 tidak akan diproses. |
v. | Jika slip pencalonan tidak ditandatangan dan tidak diterima oleh Urus Setia DKBP, maka pencalonan ini dianggap tidak sah dan terbatal walaupun borang pencalonan telah dihantar secara dalam talian (online) pada atau sebelum 31 Januari pada tahun semasa. |
BIL. |
DARJAH / BINTANG / PINGAT |
RINGKAS |
PANDUAN PENCALONAN |
1. |
DARJAH UTAMA PANGKUAN NEGERI |
D.U.P.N. |
Darjah ini adalah darjah yang tertinggi di Pulau Pinang yang dikurniakan kepada individu-individu yang telah berbuat jasa yang amat cemerlang kepada Negeri Pulau Pinang. Mereka yang dikurniakan darjah ini mempunyai kedudukan yang terulung serta berpengaruh. Darjah ini membawa gelaran Dato' Seri Utama dan isteri penerima digelar Datin Seri. Kurniaan ini dihadkan kepada dua puluh (20) orang yang masih hidup. |
2. |
DARJAH PANGLIMA PANGKUAN NEGERI |
D.P.P.N. |
Darjah Kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2003 dan dikurniakan kepada orang-orang perseorangan yang berjasa kepada Negeri ini khasnya dan Negara amnya dan mempunyai kedudukan tinggi dan dihormati. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato' Seri dan isteri penerima digelar Datin Seri. Kurniaan ini dihadkan kepada empat puluh (40) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah Kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah. |
3. |
DARJAH GEMILANG PANGKUAN NEGERI |
D.G.P.N. |
Darjah ini dizahirkan pada tahun 1996 dan dikurniakan kepada individu-individu yang menyumbang perkhidmatan yang cemerlang serta mempunyai taraf kedudukan yang tertinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar “Dato’ Seri” dan isteri penerima digelar“Datin Seri”. Kurniaan ini dihadkan kepada dua ratus (200) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah. |
4. |
DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGERI |
D.M.P.N. |
Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 1967 dan dikurniakan kepada individu-individu yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa serta mempunyai taraf kedudukan yang tertinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ dan isterinya Datin. Kurniaan ini dihadkan kepada dua ratus lima puluh (250) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dianugerahkan darjah ini secara Kehormat. Darjah kebesaran ini mengandungi bintang, selepang dan lencana darjah. Bagi penjawat awam, darjah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:- 1. Hakim Mahkamah Persekutuan 2. Hakim Mahkamah Tinggi 3. Gred Utama B atau setaraf dengannya 4. Lt. Jeneral 5. Komisioner Polis (CP) |
5. |
DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI |
D.S.P.N. |
Darjah ini dikurniakan kepada individu-individu yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa serta mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ dan isterinya Datin. Kurniaan ini dihadkan kepada seribu enam ratus (1,600) orang yang masih hidup. Bagi penjawat awam, darjah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:- 1. Gred Utama C. 2. Mej. Jeneral atau Brig. Jeneral 3. Deputi Komisioner Polis (DCP) atau Senior Assistan Komisioner Polis (SAC ). |
6. |
DARJAH JOHAN NEGERI |
D.J.N. |
Darjah ini dikurniakan kepada individu-individu yang memberi perkhidmatan yang gemilang dalam apa jua lapangan. Darjah ini dihadkan kepada seribu tujuh ratus (1,700) orang yang masih hidup. Bagi penjawat awam, darjah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:- 1. Gred 54 atau setaraf dengannya. 2. Brig. Jeneral 3. Senior Assistan Komisioner Polis |
7. |
BINTANG CEMERLANG NEGERI |
B.C.N. |
Bintang ini dizahirkan pada tahun 1996 dan bintang ini dikurniakan kepada penjawat dalam Perkhidmatan Awam yang telah melaksanakan perkhidmatan dengan cemerlang dan perkhidmatan tersebut telah memberi sumbangan terhadap kemajuan, perkembangan dan keselamatan Negeri. Bintang ini dihadkan kepada lima ratus lapan puluh (580) orang yang masih hidup. Bintang ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:- 1. Gred 52 atau setaraf dengannya 2. Kolonel 3. Assistan Komisioner Polis (ACP) |
8. |
PINGAT GAGAH PERWIRA |
P.G.P. |
Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang telah menunjukkan keberanian atau kegagahan yang luar biasa tatkala menempuh keadaan yang sangat berbahaya kepada dirinya sendiri. Anugerah boleh juga dikurniakan kepada mereka yang telah meninggal dunia. |
9. |
PINGAT KELAKUAN TERPUJI |
P.K.T. |
Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang menunjukkan jasa-jasa yang terpuji ataupun menunjukkan kecekapan di dalam sesuatu lapangan. Orang itu memiliki budi pekerti dan adat resam yang baik dan terpuji. Bagi penjawat awam, pingat ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:- 1. Gred 48 atau Gred 44 atau Gred 41 dan setaraf dengannya. 2. Lt. Kolonel atau Mejar 3. Superintendan Polis (Supt.) atau Deputi Superintendan Polis (DSP). |
10. |
PINGAT JASA KEBAKTIAN |
P.J.K. |
Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang telah memberi khidmat bakti yang bernilai atau berjasa atau telah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab. |
11. |
PINGAT JASA MASYARAKAT |
P.J.M. |
Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang telah memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat amnya. |
12. |
PINGAT BAKTI SETIA |
P.B.S. |
Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu di dalam perkhidmatan awam yang telah berkhidmat kepada Kerajaan Negeri selama tidak kurang daripada 25 tahun dan mempunyai budi pekerti yang baik. |