PINGAT GAGAH PERWIRA
(P.G.P.)


Keterangan

Pingat ini dizahirkan pada tahun 1959 dan dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah menunjukkan keberanian atau kegagahan yang luar biasa tatkala menempuh keadaan yang sangat berbahaya kepada dirinya sendiri. Anugerah boleh juga dikurniakan kepada mereka yang telah meninggal dunia.