DARJAH PANGLIMA PANGKUAN NEGERI
(D.P.P.N.)


Keterangan

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2003 dan dikurniakan kepada orang perseorangan yang berjasa kepada Negeri ini khasnya dan Negara amnya dan mempunyai kedudukan tinggi dan dihormati. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ Seri dan isteri penerima digelar Datin Seri. Kurniaan ini dihadkan kepada empat puluh (40) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah Kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah.