DARJAH UTAMA PANGKUAN NEGERI
(D.U.P.N.)


Keterangan

Darjah kebesaran ini adalah darjah yang tertinggi di Pulau Pinang. Ianya telah dizahirkan pada tahun 1967 dan dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah berbuat jasa yang amat cemerlang kepada Negeri Pulau Pinang. Mereka yang dikurniakan darjah ini mempunyai kedudukan yang terulung serta berpengaruh. Darjah ini membawa gelaran Dato’ Seri Utama dan isteri penerima digelar Datin Seri. Kurniaan ini dihadkan kepada dua puluh (20) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah.