PANDUAN PENCALONAN PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG
Pengguna perlu mendaftar sebagai Pengguna Baru sebelum membuat pencalonan.
Orang Awam atau Orang Perseorangan tidak boleh membuat pencalonan.
Kelayakan pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:
| (A) | Perkhidmatan Awam | |
| (i) | Ketua Jabatan di peringkat Negeri atau Persekutuan. | |
| (ii) | Ketua Bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. | |
| (iii) | Bagi Darjah Johan Negeri (DJN), Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN), Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN), Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) dan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN), slip yang dicetak hendaklah ditandatangani oleh pencalon dan Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum dihantar kepada Bahagian Dewan Undangan Negeri. | |
| (B) | Pertubuhan / NGO / Parti Politik | |
| (i) | Pengerusi / Yang Dipertua / Setiausaha di peringkat Negeri atau Persekutuan sahaja bagi Pertubuhan/Persatuan/NGO | |
| (ii) | Pengerusi / Pengerusi Eksekutif / Presiden / Pengurus Besar atau Setiausaha Syarikat bagi Korporat / Syarikat Swasta | |
| (iii) | Pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri / Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Ahli Dewan Rakyat (ADR) / Ahli Dewan Negara (ADN) / Ketua Bahagian bagi Parti Politik | |
Pengguna boleh mencetak borang pencalonan untuk simpanan dan rujukan. Hanya slip asal pencalonan yang ditandatangani oleh
Pencalon perlu dihantar sebelum 29 Mac 2013 (Jumaat) melalui pos atau serahan tangan kepada :
| Puan Siti Asma' Binti Mohd Salleh Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian DUN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Aras 49, KOMTAR 10503 Pulau Pinang |
Jika slip pencalonan yang tidak ditandatangani dan tidak diterima oleh Urus Setia, maka pencalonan ini dianggap tidak sah dan
terbatal walaupun borang dihantar secara online sebelum atau pada 29 Mac 2013. Salinan fotostat tidak diterima.
Pencalon boleh menyemak status pencalonan melalui menu Carian Pencalonan setelah log masuk ke dalam Sistem ePingat.
| BIL. | DARJAH / BINTANG / PINGAT | RINGKAS | PANDUAN PENCALONAN |
|---|---|---|---|
| 1. | DARJAH UTAMA PANGKUAN NEGERI | D.U.P.N. | Darjah ini adalah darjah yang tertinggi di Pulau Pinang yang dikurniakan kepada individu-individu yang telah berbuat jasa yang amat cemerlang kepada Negeri Pulau Pinang. Mereka yang dikurniakan darjah ini mempunyai kedudukan yang terulung serta berpengaruh. Darjah ini membawa gelaran Dato' Seri Utama dan isteri penerima digelar Datin Seri. Kurniaan ini dihadkan kepada lima belas (15) orang yang masih hidup. |
| 2. | DARJAH PANGLIMA PANGKUAN NEGERI | D.P.P.N. | Darjah Kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2003 dan dikurniakan kepada orang-orang perseorangan yang berjasa kepada negeri ini khasnya dan negara amnya dan mempunyai kedudukan tinggi dan dihormati. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato' Seri dan isteri penerima digelar Datin Seri. Kurniaan ini dihadkan kepada dua puluh lima (25) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah Kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah. |
| 3. | DARJAH GEMILANG PANGKUAN NEGERI | D.G.P.N. | Darjah ini dizahirkan pada tahun 1996 dan dikurniakan kepada individu-individu yang menyumbang perkhidmatan yang cemerlang serta mempunyai taraf kedudukan yang tertinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar “Dato’ Seri” dan isteri penerima digelar “Datin Seri”. Kurniaan ini dihadkan kepada seratus (100) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah. |
| 4. | DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGERI | D.M.P.N. | Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 1967 dan dikurniakan kepada individu-individu yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa serta mempunyai taraf kedudukan yang tertinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ dan isterinya Datin.Kurniaan ini dihadkan kepada satu ratus lima puluh (150) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dianugerahkan darjah ini secara Kehormat. Darjah kebesaran ini mengandungi bintang, selepang dan lencana darjah.
Bagi penjawat awam, darjah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:-
|
| 5. | DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI | D.S.P.N. | Darjah ini dikurniakan kepada individu-individu yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa serta mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ dan isterinya Datin. Kurniaan ini dihadkan kepada lapan ratus (800) orang yang masih hidup. Bagi penjawat awam, darjah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:-
|
| 6. | DARJAH JOHAN NEGERI | D.J.N. | Darjah ini dikurniakan kepada individu-individu yang memberi perkhidmatan yang gemilang di dalam apa jua lapangan. Darjah ini dihadkan kepada seribu (1000) orang yang masih hidup. Bagi penjawat awam, darjah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:-
|
| 7. | BINTANG CEMERLANG NEGERI | B.C.N. | Bintang ini dizahirkan pada tahun 1996 dan bintang ini dikurniakan kepada penjawat dalam Perkhidmatan Awam yang telah melaksanakan perkhidmatan dengan cemerlang dan perkhidmatan tersebut telah memberi sumbangan terhadap kemajuan, perkembangan dan keselamatan negeri. Bintang ini dihadkan kepada dua ratus lima puluh (250) orang yang masih hidup. Bintang ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:-
|
| 8. | PINGAT GAGAH PERWIRA | P.G.P. | Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang telah menunjukkan keberanian atau kegagahan yang luar biasa tatkala menempuh keadaan yang sangat berbahaya kepada dirinya sendiri. Anugerah boleh juga dikurniakan kepada mereka yang telah meninggal dunia. |
| 9. | PINGAT KELAKUAN TERPUJI | P.K.T. | Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang menunjukkan jasa-jasa yang terpuji ataupun menunjukkan kecekapan di dalam sesuatu lapangan. Orang itu memiliki budi pekerti dan adat resam yang baik dan terpuji. Bagi penjawat awam, pingat ini boleh dikurniakan kepada mereka yang menyandang gred jawatan seperti berikut:-
|
| 10. | PINGAT JASA KEBAKTIAN | P.J.K. | Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang telah memberi khidmat bakti yang bernilai atau berjasa atau telah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab. |
| 11. | PINGAT JASA MASYARAKAT | P.J.M. | Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu yang telah memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat amnya. |
| 12. | PINGAT BAKTI SETIA | P.B.S. | Pingat ini dikurniakan kepada individu-individu di dalam perkhidmatan awam yang telah berkhidmat kepada Kerajaan Negeri selama tidak kurang daripada 25 tahun dan mempunyai budi pekerti yang baik. |
