DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI
(D.S.P.N.)


Keterangan

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 1976 dan dikurniakan kepada orang perseorangan yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa serta mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ dan isterinya Datin. Kurniaan ini dihadkan kepada seribu enam ratus (1600) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah kebesaran ini mengandungi bintang, selepang dan lencana darjah.