DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGERI
(D.M.P.N.)


Keterangan

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 1967 dan dikurniakan kepada orang perseorangan yang menyumbang perkhidmatan yang cemerlang serta mempunyai taraf kedudukan yang tertinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ dan isterinya Datin. Kurniaan ini dihadkan kepada dua ratus lima puluh (250) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah kebesaran ini mengandungi bintang, selepang dan lencana darjah.