DARJAH GEMILANG PANGKUAN NEGERI
(D.G.P.N.)


Keterangan

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 1996 dan dikurniakan kepada orang perseorangan yang menyumbang perkhidmatan yang cemerlang serta mempunyai taraf kedudukan yang tertinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ Seri dan isteri penerima digelar Datin Seri. Kurniaan ini dihadkan kepada seratus empat puluh lima (145) orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Darjah kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah.